JawatankuasaKabinet mengenai Pekerja Asing yang bersidang pada 4 Februari 2002 yang lalu telah memutuskan bahawa :

1) Majikan boleh memohon kepada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) untuk melanjutkan permit kerja pekerja asing yang melebihi tempoh lima (5) tahun yang dianggap sebagai pekerja mahir.

2) Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) akan bertanggungjawab terhadap penentuan kemahiran pekerja bagi SEKTOR PERKILANGAN.

3) Tempoh sahlaku sijil Perakuan Kemahiran Pekerja Asing adalah TIGA(3) TAHUN daripada tarikh sijil dikeluarkan.

4) Majikan perlu membuat permohonan baru, sekiranya majikan ingin melanjutkan permit kerja pekerja asing bagi tahun berikutnya. Perakuan Kemahiran Pekerja Asing
dibuat berdasarkan kepada empat (4) kriteria utama seperti berikut :

i) Pekerjaan yang dianggap mahir sesuai dengan definasi tahap 2 Persijilan Kemahiran Malaysia iaitu terampil melaksanakan sekumpulan aktiviti kerja yang dilakukan
dalam pelbagai konteks, dan sesetengah adalah bukan lazim dilakukan dan memerlukan tanggungjawab dan autonomi diri.

ii) Bidang pekerjaan tidak mempunyai Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (National Occupational Skill Standard)

iii) Bidang pekerjaan yang sukar mendapatkan pekerja dari kalangan rakyat tempatan.

iv) Nisbah pekerja asing tidak melebihi pekerja tempatan.