Penentuan kemahiran pekerja asing dibuat melalui lawatan penilai oleh Pegawai Penilai (PP) yang dilantik oleh JPK. Majikan akan dimaklumkan terlebih dahulu sebelum lawatan penilaian dibuat. Proses Penilaian akan dilakukan di premis majikan berasaskan kepada portfolio pekerja,pemerhatian terhadap kemahiran pekerja dan
soaljawab atau temubual dengan pekerja dan majikan.

Semasa penilaian, majikan dikehendaki :

i) Menyediakan pasport pekerja asing yang terlibat untuk disemak oleh Pegawai Penilai (PP) yang dilantik oleh JPK.

ii) Memastikan semua pekerja asing yang memohon perakuan berada di premis / tempat kerja untuk dinilai kemahiran mereka oleh Pegawai Penilai (PP) yang dilantik.

iii) Menyerahkan portfolio / fail pekerja asing kepada Pegawai Penilai (PP) yang dilantik oleh JPK, hanya satu portfolio harus disediakan oleh majikan.
Isi kandungan portfolio / fail pekerja asing :

a) Salinan pasport & permit kerja yang disahkan oleh majikan.

b) Salinan surat tawaran kerja yang disahkan majikan.

c) Senarai tugas yang disahkan oleh majikan.

d) Bukti keterampilan pekerja asing seperti sijil latihan, gambar, buku log, perakuan majikan (testimonia) dan lain-lain yang disahkan majikan.

iv) Menyediakan pasport pekerja asing yang terlibat untuk disemak oleh Pegawai Penilai (PP) yang dilantik oleh JPK.

v) Pekerja asing yang didapati tidak memenuhi kriteria sebagai pekerja mahir dianggap gagal dan bayaran tidak akan dikembalikan.